NAMPANG DI PEMATANG SAWAH

NAMPANG DI PEMATANG SAWAH
ECTION DULU YACH...!!!

Jumat, 10 Juli 2009

Ayat - ayat gadis

Seorang gadis datang dan menangis.Tanya seseorang “mengapa, “? Gadis itu menangis lagi katanya tangisan ini kerana cintanya yang disemai seikhlas hati, sejujur rasa, sekorban kepercayaan, tidak kisah harta benda, jiwa raga dipertaruhkan, setia kepalang,hanya nama arjuna di hati,curang? tak pernah,malah sekeluarga menyapa dikenali segenap pelusuk desa dan kini hilangnya ada pengganti namun pintu hati bukan mainan. kembali asal. girang gadis itu tak seperti dulu. semuanya hilang gara-gara kerna cinta.

” Umpama salah namun gunungnya bukan sekadarku. Sama-sama kn?”

” itulah sepatutnya….”

“kau mengerti sahabat?”

“sangat kerana aku mengenalimu dahulu darinya”

“terima kasih kau memahami..”

Namun, pergi panggilan sahabat itu. Kerna sudah punya raja hati bernama suami. Kelapangannya tak seperti dulu. Aku doakan dia bahagia. Persahabatan luar biasa. Syukur. hatiku lapang. Berpisah bertahun bertemu sekejap. Luahan tiada satu pun tertinggal umpama dari ujung rambut ke ujung kaki. Siap! Gadis itu lihat air matanya. Terharu..sekian lama tak merasa tangisan sahabat buat diri. Pembelaan terbela walaupun sebenarnya tidak terbela!

Datang tak dijemput. Umpama yang patah tumbuh hilangnya berganti. Namun persoalannya semudah itu? tidak!! padanya..orang lain? mungkin…

“siapa?”

“dialah”

“mestilah sudi kerna si dia girang juga bersamaku.”

“tak kisah aku? ”

“tiada mana-mana sebelah. sama-sama”

“oh..bukankah aku sahabatmu dahulu?”

“iya tapi pernah sshnya membantu..”

“oh..tak apa…girang lagi dengannya bila”

” bila-bila datang aku pergi..dia juga sahabat..”

“Oh…baiklah”

Hendak dikecil hati nama sahabat. Hendak disedihkan mereka mungkin tak mengerti pertakungan sebenar yg menghantui gadis itu. Hendak dikata bukan terbaik setiapnya ada kelemahan situasinya mungkin tak sampai di hati kalian. Nama sahabat terpahat menghalang prasangka-prasangka jahat singgah di hati semuanya kerna nama sahabat. Mungkin kekurangan itu patut diterima oleh gadis malang itu.

Pergi lagi jalan gadis itu, ke tempat pergantungan lahiriahnya. Luahan terbantut. Kerna tak sanggup. Bebanan memberat. Hebatnya! bukan mahu pergantungan namun lumrah manusia sekira rasa kudrat tak mampu harus juga dilempias. Tak sanggup lidah gadisnya bicara pada bumbungnya kerna tak sanggup menambah, mendarab dugaan..Tugasnya meringankan…dilupa hasrat…

Pergi sahabat pertama sampai ke sahabat beribuan….tak semua kekal sebenarnya…Dalam ruang kosong hati, hati gadis itu terlalu terbeban hibanya tak tertahan. Rujukan pada manusia sia-sia, kecewa datang kadang-kala, tak semahu tak tersangka kadangnya. Diperhati ruang biliknya, disengaja biar bertutup lampu, kipas. Diselimut menangis..menangis…menangis….selama sebulan. Tika datang keluarga, sahabat, saudara…tak termampu senyum. Baranya masih kuat. tak terhan tapi harus ditahan! Umpama kemurungan menjengah dan hanya datangnya sahabt buat kegirangan. Yang menangisnya hanya satu! Buang lagi prasangka, menerima baik buruk…tetap menjalinkan..walaupun bela padanya tiada. teringat susah senang bersama si dia aku ada! namun, usah diharap selebihnya bila datangnya berbalik. Hampa..seorang lagi. Harus kepada siapa gadis sepertinya membasahkan lidah untuk berbicara, lancar tiada halangan dipersalah atau sebaliknya? Ibu? tak sanggup menambah lagi. Cukup cuba untuknya tabah menahan dari ibu menitis lagi air mata kerna diri gadis itu. Sahabat? nah…sudah dicerita secara tersirat sebentar tadi. Sumpah! terima seadanya tak pernah berprasangka kiranya datang buang terus!

“terlalu baikkah?”

bisik hati…

“naifkah aku?

sambung hati berbisik…

“aku ikhlas tak pernah khianat! cinta sahabat, keluarga mahupun cinta hati”

Datang suara pada gadis itu…Mungkin hidayah…

“Bagaimana cintamu pada TUHAN?”

berdesing di teratak hati, di minda…segala-gala diri berpusing.

“Ya ALLAH…aku leka dengan cinta duniawi..maafkan aku..Ampuni aku. Naluriku Tuhan aku mahu disayangi tapi aku tidak berpada-pada, mengharap,bergantung hingga pabila sampai untukku kecewanya datang. Bila cinta-cinta duniawi pergi di mana datangnya kekasih hati, sahabat,saudara, keluarga suatu hari akan pergi juga. Tak kekal! Tuhan Ya Rabbi itu kekal. Lupa…berdosanya aku Tuhan…”

tertarik pada suatu buku…

“Jangan berdukacita jika jasa dan segala pengorbanan anda tidak dihargai, kerana anda hanya mengharap balasan Allah!” Seperti firman Allah kepada para walinya:”Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharap limpah kurnia(pahala) dari Tuhan mereka serta mengharap keredaan-Nya.”( surahAl-Fath:29)

“sepatutnya aku bergantung pada Tuhan..bukan manusia kan? betulkah?”

hilang dalam seribu bahasa.

Usah diharap perngertian kau takkan dapat. Usah kau harap pembelaan kau pasti kecewa. Usah diharap cinta itu akan datang kembali walaupun kau masih terlalu berharap. tak salah belajar dan cuba. Jangan berdukacita dan terimalah pilihan Allah untuk kau. Sedangkan kau tidak mengetahui apa-apa selebihnya Allah mengetahuiii.

“aku tak bahagia!”

“boleh dipelajari”

“aku salah”

“boleh diperbetulkan”

“Tiada siapa memahami”

“Tuhan itu maha mendengar sayang”

“sakit…mengapa dia datang jika dia pergi selepas itu?

“Untuk kau pelajari dan kenal”

“tapi….”

“Sudah! cinta bukan segala. yang wujud di dunia semuanya sementara..”

Gadis itu berjalan…duduk di batu besar tepi ombak yang menghempas laju di persisiran pantai. Lalu, menulis di lembaran helaian kertas merah dengan berdakwat hitam cair. sambil rancak penanya menari, jatuh air matanya bercucuran. tak henti-henti. Selama ini tak pernah kering. ..

Illahi,

dalam relung hatiku,

ada salju pertanyaan,

Mengapa dikerah peluh cinta?

palitan daun-daun rindu,

dahannya rapuh,

turutku jatuh,

lilitan cemuhan,

kepekakkan telinga,

tersungkur lagi,

gantungan diri,

cinta duniawi melelah,

untaian kata pedih,

dengan itu…

aku undur diri rela,

benar,

masih kasih seperti dulu,

biar masanya datang,

kini,

aku mahu pergi,

jauh……

kau tetapku ingat…….

sampai bila?

entah……

Tidak ada komentar: